Penghasilan manual penyediaan perancangan perniagaan bagi industri kecil dan sederhana: satu kajian di Politeknik Seberang Perai

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan elemen-elemen yang bersesuaian bagi menghasilkan sebuah Perancangan Perniagaan yang lengkap dan berkesan. Fokus kajian ini ialah untuk melihat tahap pemahaman dan pengetahuan 41 orang pelajar Semester 6 Diploma Pengurusan Perniagaan Sesi 2003/ 2004 di P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaludin, Mohd Faizal
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7352/1/24p%20MOHD%20FAIZAL%20JAMALUDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7352/2/MOHD%20FAIZAL%20JAMALUDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7352/3/MOHD%20FAIZAL%20JAMALUDIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7352/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan elemen-elemen yang bersesuaian bagi menghasilkan sebuah Perancangan Perniagaan yang lengkap dan berkesan. Fokus kajian ini ialah untuk melihat tahap pemahaman dan pengetahuan 41 orang pelajar Semester 6 Diploma Pengurusan Perniagaan Sesi 2003/ 2004 di Politeknik Seberang Perai, Puiau Pinang, berkenaan penyediaan Perancangan Perniagaan. Segala maklumbalas responden dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan tahap pengetahuan dan pemahaman responden selepas mereka menggunakan Manual Penyediaan Perancangan Perniagaan (MPPP). Berdasarkan kepada purata skor min iaitu 3.17, menunjukkan penerimaan responden terhadap keupayaan MPPP terutamanya dari aspek elemen-elemen yang perlu ada dalam Perancangan Perniagaan. Tahap pencapaian mereka juga meningkat sebanyak 17% berdasarkan kepada perbezaan min markah ujian pra dengan ujian pasca. Dapat disimpulkan MPPP yang dihasilkan mampu membantu pengguna untuk menyediakan sebuah Perancangan Perniagaan yang lengkap dan berkesan.