Pengaruh zikir terhadap kesihatan mental dan tekanan psikologi dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 (IR4) telah memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental dan psikologi dalam masyarakat seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan. Masalah-masalah ini mampu diatasi dengan amalan zikir sebagai terapi psikospiritual berunsur kerohanian Islam. Kajian ini b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: M. Z., Ahmad Fakhrurrazi, W. Q. A., Wan Razali, M. Z., Mahfuzah
Other Authors: Zainol, Nur Zainatul Nadra
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7284/1/1.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7284/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Revolusi Industri 4.0 (IR4) telah memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental dan psikologi dalam masyarakat seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan. Masalah-masalah ini mampu diatasi dengan amalan zikir sebagai terapi psikospiritual berunsur kerohanian Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual separa-berstruktur serta analisis secara deduktif, induktif dan tematik untuk mengetahui kesan sebelum dan selepas berzikir secara berjemaah. Pendekatan Lataif Qur’aniyyah digunakan untuk memaknakan kedudukan al-zikr dan pengamalannya lebih meluas. Peserta-peserta majlis zikir bulanan dalam kajian ini terdiri daripada 83 orang dan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Hasil kajian menunjukkan ‘zikir bersanad’ yang diamalkan secara konsisten merupakan santapan rohani terbaik dalam mempengaruhi jiwa dan emosi individu ke arah celik akal yang menjadi matlamat kemuncak dalam kaunseling. Hal ini berkesan dalam membantu perubahan minda dan tingkah laku manusia dalam pembentukan keluarga dan masyarakat yang bersahsiah dan harmoni. Justeru, zikir yang bersanad, yakni dalam bimbingan bersama guru rohani (Mursyid), dengan fokus niat untuk mencapai ‘keterhubungan kerohanian’ dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan ‘jiwa fakir’ kepada Allah (s.w.t.), serta memenuhi adab-adab dan syarat-syarat takwa adalah terapi psikospiritual yang mujarab dalam merawat pelbagai masalah mental.