Kit pengajaran diagnostic air-conditioning training unit

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu alat atau bahan yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kendiri....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahim, Mohd Bekri, Mahad Musa, Muhammad Zaki, Nur Yunus, Faizal Amin, Abdul Rahman, Khairul Anuar, Baharudin, Nurhayati
Other Authors: Razali, Nizamuddin
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6780/1/9.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6780/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu alat atau bahan yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kendiri. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran diagnosis sistem penyamanan udara bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara untuk pelajar Kolej Vokasional. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menganalisis kebolehfungsian terhadap kit pengajaran yang dibangunkan. Model ADDIE digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 10 orang responden termasuklah pakar yang terdiri daripada pensyarah Fakulti kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UTHM dan pensyarah Kolej Vokasional bagi menguji serta melihat kebolehfungsian kit pengajaran yang dibangunkan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan melalui borang pengesahan pakar dan borang soal selidik. Kit pengajaran yang dibangunkan ini sebagai ABBM amat sesuai digunakan sebagai satu daripada bahan pembelajaran oleh pelajar di Kolej Vokasional khususnya yang mengambil kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Kit pengajaran ini memenuhi kriteria�kriteria yang diperlukan oleh pakar bersetuju bahawa elemen-elemen seperti mudah digunakan, mudah alih dan menarik minat pelajar telah diterapkan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar dan secara tidak langsung membantu pelajar menguasai topik yang dipelajarinya serta meningkatkan lagi kecemerlangan dalam diri di era globalisasi. Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu alat atau bahan yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kendiri. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran diagnosis sistem penyamanan udara bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara untuk pelajar Kolej Vokasional. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menganalisis kebolehfungsian terhadap kit pengajaran yang dibangunkan. Model ADDIE digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 10 orang responden termasuklah pakar yang terdiri daripada pensyarah Fakulti kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UTHM dan pensyarah Kolej Vokasional bagi menguji serta melihat kebolehfungsian kit pengajaran yang dibangunkan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan melalui borang pengesahan pakar dan borang soal selidik. Kit pengajaran yang dibangunkan ini sebagai ABBM amat sesuai digunakan sebagai satu daripada bahan pembelajaran oleh pelajar di Kolej Vokasional khususnya yang mengambil kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Kit pengajaran ini memenuhi kriteria�kriteria yang diperlukan oleh pakar bersetuju bahawa elemen-elemen seperti mudah digunakan, mudah alih dan menarik minat pelajar telah diterapkan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar dan secara tidak langsung membantu pelajar menguasai topik yang dipelajarinya serta meningkatkan lagi kecemerlangan dalam diri di era globalisasi.