Kemiskinan berterusan dalam kalangan masyarakat miskin berdasarkan dimensi indeks pembangunan manusia (HDI)

Kemiskinan adalah ketidakupayaan individu atau isi rumah untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asas mereka. Akibat daripada kekangan sumber yang dihadapi masyarakat miskin membuatkan mereka sukar untuk mencapai taraf kehidupan yang sempurna, sehingga membawa kepada kemiskinan berterusan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Jazid, Amirul Iman
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6486/1/24p%20AMIRUL%20IMAN%20MOHD%20JAZID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6486/2/AMIRUL%20IMAN%20MOHD%20JAZID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6486/3/AMIRUL%20IMAN%20MOHD%20JAZID%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6486/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemiskinan adalah ketidakupayaan individu atau isi rumah untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asas mereka. Akibat daripada kekangan sumber yang dihadapi masyarakat miskin membuatkan mereka sukar untuk mencapai taraf kehidupan yang sempurna, sehingga membawa kepada kemiskinan berterusan. Kebergantungan yang berterusan terhadap bantuan dari agensi pembasmian kemiskinan menyebabkan kemiskinan semakin sukar untuk dibanteras. Kajian juga telah membuktikan bahawa bilangan penerima bantuan bulanan untuk agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Johor semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kemiskinan berterusan berdasarkan dimensi dalam Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index, HDI). Penerima bantuan dari dua agensi pembasmian kemiskinan dijadikan sebagai responden dalam kajian ini menggunakan kaedah persampelan berkuota bagi memastikan 50 peratus responden dipilih mewakili setiap agensi. Temubual turut dilakukan untuk mengenalpasti inisiatif setiap agensi pembasmian kemiskinan untuk mengatasi masalah kemiskinan berterusan. Analisis Ujian Friedman dilakukan untuk membandingkan ketiga-tiga dimensi dalam mengenal pasti faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kemiskinan berterusan. Hasil kajian mendapati peratusan masyarakat miskin yang diketegorikan sebagai miskin berterusan adalah kecil manakala, aspek ekonomi memperoleh pengkelasan nilai min paling tinggi dimana ia dikategorikan sebagai faktor utama penyumbang kepada kemiskinan berterusan. Kegusaran masyarakat miskin terhadap aspek ekonomi menyebabkan kebergantungan kepada bantuan saraan hidup dilihat secara berterusan. Bantuan dalam aspek ekonomi perlu diperkukuh supaya masyarakat miskin boleh terus bersaing dengan masyarakat setempat.