Pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan cina muslim Kelantan

Artikel ini memfokuskan kepada pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan Cina Muslim Kelantan. Komuniti Cina Muslim diperhatikan mempunyai konflik dalam modal sosial ikatan mereka. Modal sosial ikatan ialah hubungan komuniti Cina Muslim dengan dengan ahli keluarga mereka yang tidak beragama Islam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ali, Adi Syahid, Amir Zal, W.A
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Sultan Zainal Abidin 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5737/1/AJ%202017%20%28902%29.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/5737/
http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol3iss1pp19-29
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan kepada pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan Cina Muslim Kelantan. Komuniti Cina Muslim diperhatikan mempunyai konflik dalam modal sosial ikatan mereka. Modal sosial ikatan ialah hubungan komuniti Cina Muslim dengan dengan ahli keluarga mereka yang tidak beragama Islam. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian gabungan penjelasan berikutan yang melibatkan komuniti Cina Muslim iaitu seramai 75 orang dalam kajian kuantitatif dan lima orang dalam kajian kualitatif. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah dan bola salji. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan pemilikan modal sosial ikatan berada pada tahap akrab sebelum memeluk agama Islam dan berubah kepada sederhana akrab selepas memeluk agama Islam. Ini menunjukkan komuniti Cina Muslim mempunyai konflik dalam modal sosial ikatan mereka. Hasil kajian turut mengesahkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pemilikan modal sosial ikatan sebelum dan selepas memeluk agama Islam dan tidak terdapat perbezaan signifikan pemilikan modal sosial ikatan berdasarkan tempoh memeluk agama Islam. Sementara itu, data kualitatif mengesahkan perbezaan modal sosial ikatan Cina Muslim, selanjutnya data kualitatif menerangkan bahawa perbezaan dalam modal sosial ikatan tidak disebabkan oleh konflik selepas memeluk agama Islam tetapi disebabkan oleh perbezaan amalan dan kepercayaan, yang telah memberi kesan secara signifikan kepada modal sosial ikatan mereka. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kapasiti harus dilaksanakan supaya perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada hubungan yang sihat dan berterusan antara Cina Muslim dan ahli keluarga mereka yang tidak memeluk agama Islam.