Keberkesanan kursus pengucapan awam terhadap kemahiran insaniah pelajar

Dikalangan pelajar kokurikulum di mana-mana IPTA di Malaysia, kemahiran Insaniah amat penting bagi mendepani zaman revolusi perindustrian 4.0. Oleh itu para pelajar perlu melengkapkan diri dengan 7 elemen Kemahiran Insaniah yang disarankan oleh kerajaan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang ditawar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kadir@Shahar, Hazila, Mizad, Meizareena, Md. Ngadiran, Nurizah
Format: Article
Language:English
Published: Asian Scholars Network (ASNET) 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5304/1/AJ%202020%20%28146%29.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/5304/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dikalangan pelajar kokurikulum di mana-mana IPTA di Malaysia, kemahiran Insaniah amat penting bagi mendepani zaman revolusi perindustrian 4.0. Oleh itu para pelajar perlu melengkapkan diri dengan 7 elemen Kemahiran Insaniah yang disarankan oleh kerajaan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di IPTA seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepimpinan. Ini bertujuan bagi membolehkan kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi kelak. Namun begitu, persoalan samada sejauh mana pelajar peka tentang pentingnya elemen kemahiran insaniah ini masih terbatas dan perlu ditekankan disetiap kursus yang ditawarkan di mana-mana IPTA di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap kesedaran pelajar tentang kepentingan kemahiran ini dikalangan pelajar Kursus Pengucapan Awam di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan keberkesanan kursus ini dalam melahirkan pelajar berkemahiran insaniah. Seramai 50 orang responden dari kalangan pelajar yang mengikuti kursus ini dipilih untuk memberi maklumbalas terhadap kajian soal selidik yang dijalankan. Daripada jumlah tersebut, seramai 33 responden memberi maklumbalas yang jelas. Hasil kajiselidik menunjukkan kepekaan pelajar yang tinggi tentang elemen kemahiran insaniah yang diterapkan dalam kursus ini. Kepercayaan pelajar yang tinggi mengenai keberkesanan kemahiran insaniah dalam kursus pengucapan awam melalui aktiviti yang diterapkan juga menunjukkan pelajar yakin bahawa kursus ini dapat membantu mereka memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan pelajar serba boleh dan berinsaniah pada masa hadapan. Penambaikkan usaha dari segi aktiviti program juga perlu dilihat dari masa ke semasa bagi melahirkan pelajar yang lebih mahir, berketrampilan dan bercita-cita tinggi bagi menghadapi cabaran di alam pekerjaan dan kehidupan.