Peranan pedagogi dan atribut persembahan video sebagai bahan bantu pengajaran didaktik bagi pemasangan dan pendawaian elektrik di Kolej Vokasiaonal

Pengajaran didaktik bagi kursus pemasangan dan pendawaian elektrik merupakan suatu perkara yang rumit kerana melibatkan langkah kerja yang teliti disamping perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan khusus. Kesilapan teknik dan prosedur akan mengakibatkan bahaya dan pembaziran ke atas bahan mentah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Abd. Rasyid
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/496/1/24p%20ABD%20RASYID%20MOHAMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/496/2/ABD%20RASYID%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/496/3/ABD%20RASYID%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/496/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran didaktik bagi kursus pemasangan dan pendawaian elektrik merupakan suatu perkara yang rumit kerana melibatkan langkah kerja yang teliti disamping perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan khusus. Kesilapan teknik dan prosedur akan mengakibatkan bahaya dan pembaziran ke atas bahan mentah. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk meneroka peranan pedagogi dan atribut persembahan video sebagai bahan bantu pengajaran didaktik amali pemasangan dan pendawaian elektrik di kolej vokasional. Kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif menggunakan temubual separa berstruktur telah dilaksanakan melibatkan pakar Teknologi Elektrik dari kolej vokasional. Analisis data tematik secara deduktif digunakan untuk meneroka elemen-elemen peranan pedagogi dan atribut persembahan video bagi pengajaran didaktik amali pemasangan dan pendawaian elektrik. Dapatan menunjukkan, terdapat empat domain utama peranan pedagogi video iaitu kognitif, pengalaman, afektif dan kemahiran manakala enam atribut persembahan video yang ditemui iaitu variasi tayangan, slow motion, kehidupan nyata, extreme close up, kronologi dan peralihan sisipan. Implikasinya, peranan pedagogi dan atribut persembahan video ini dapat menjadi panduan kepada tenaga pengajar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembangunan bahan berbantu video bagi pengajaran dan pembelajaran amali pemasangan dan pendawaian elektrik.