Alat pemantau jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja bagi kimpalan MIG

Kajian ini dilaksanakan khusus untuk membangunkan alat pemantau jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja bagi kimpalan MIG dan menguji dari segi kebolehfungsian alat pemantau jarak yang dibangunkan. Alat pemantau jarak di bangunkan dengan menggunakan teknologi pengaturcaraan “Arduino-Uno” di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amiruddin, Mohd Hasril, Marian, Mohd Fairuz
Other Authors: Rahim, Mohd Bekri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4340/1/Chapter%204_PPRB_S1.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/4340/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan khusus untuk membangunkan alat pemantau jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja bagi kimpalan MIG dan menguji dari segi kebolehfungsian alat pemantau jarak yang dibangunkan. Alat pemantau jarak di bangunkan dengan menggunakan teknologi pengaturcaraan “Arduino-Uno” di samping penggunaan komponen elektronik yang murah dan berkualiti seperti alat pengesan HCSR04 Ultrasonic. Alat pemantau jarak yang dibangunkan adalah berteraskan kepada model instruksional ADDIE. Bagi memastikan alat pemantau jarak ini boleh digunakan, maka pengesahan pakar telah dilakukan dengan pembabitan tenaga pakar dari aspek pendawaian, perisian, kualiti, dan mekanikal. Bagi menentukan penggunaan alat pemantau jarak ini berkesan maka kaedah eksperimen yang melibatkan ujian pra dan pos didedahkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi mendapatkan keputusan kajian. Kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Analisis Infrensi pula digunakan untuk tujuan penggunaan keputusan ANCOVA. Data-data yang dikumpul di analisis menggunakan perisian Statistical for Social Sciense (SPSS) version 16.0. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pengunaan alat pemantau jarak membantu responden menguasai kaedah penentuan jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja khususnya bagi kimpalan MIG.