Pembangunan kerangka model metodologi pendakwah dalam proses pengajaran agama kepada orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di PERTIS
Pendakwah sering menggunakan teknik dan kaedah yang sama apabila berdakwah kepada golongan OKU walaupun terdapat perbezaan dari sudut penerimaan dan penyampaian maklumat. Kelemahan pendakwah dalam menguasai metodologi dakwah juga menyebabkan usaha dakwah menemui kegagalan. Selain itu, faktor y...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3930/1/24p%20MOHAMAD%20ADIB%20MOHAMAD%20SALIH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3930/2/MOHAMAD%20ADIB%20MOHAMAD%20SALIH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3930/3/MOHAMAD%20ADIB%20MOHAMAD%20SALIH%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3930/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendakwah sering menggunakan teknik dan kaedah yang sama apabila berdakwah
kepada golongan OKU walaupun terdapat perbezaan dari sudut penerimaan dan
penyampaian maklumat. Kelemahan pendakwah dalam menguasai metodologi
dakwah juga menyebabkan usaha dakwah menemui kegagalan. Selain itu, faktor yang
mempengaruhi kegagalan dakwah adalah seperti tiada latihan khusus untuk
membimbing OKU, tiada panduan yang betul dan menggunakan pendekatan sendiri
ketika mengajar. Oleh sebab itu, berlaku pengabaian dalam kalangan OKU penglihatan
terhadap tanggungjawab agama kerana kurang pengetahuan dan penghayatan agama
sehingga mempengaruhi kualiti kehidupan. Kajian ini bertujuan menganalisis proses
pelaksanaan dakwah, mengkaji metodologi pendakwah terhadap OKU penglihatan
dalam proses pengajaran agama dan meneroka kesan dakwah yang terbentuk dalam
kalangan OKU penglihatan di PERTIS. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian kes. Sejumlah dua belas informan terlibat diwakili
oleh ahli jawatankuasa PERTIS, pendakwah bertauliah dan OKU penglihatan. Data
dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data
dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi menjawab persoalan kajian.
Hasil kajian mendapati mendapati pelaksanaan dakwah memerlukan persediaan dari
aspek pra pengajaran iaitu kesesuaian modul dan pengetahuan latar belakang peserta.
Pendakwah yang terlatih dapat menguasai prinsip sebagai pendakwah, dan kemahiran
interaksi dengan OKU penglihatan. Semasa proses pengajaran, metodologi
pendakwah telah dikategorikan kepada dua aspek utama iaitu kepimpinan dalam
pengajaran dan metodologi pengajaran pendakwah. Kepimpinan pengajaran
merangkumi kepimpinan prihatin, pembinaan motivasi dan pembangunan akhlak.
Manakala, metodologi pengajaran pendakwah merangkumi pengukuhan kefahaman,
penyampaian berkesan dan pembelajaran berfokus. Kesan pelaksanaan dakwah telah
membentuk akhlak mulia, membina pengetahuan, mengukuhkan jati diri dan menjalin
ikatan dengan pendakwah. Kajian ini juga telah mencadangkan satu kerangka model
metodologi pendakwah sebagai satu panduan dalam mempelbagaikan kaedah
penyampaian dan pelaksanaan dakwah kepada OKU penglihatan. |
---|