Ketekunan, kreativiti dan inovasidi kalangan pelajar UTHM
Kajian ini di jalankan untuk mengkaji ketekunan, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar UTHM. Rekabentuk kajian yang dipilih ialah statistik deskriptif dimana, data yang diperolehi akan dianalisis oleh perisian SPSS untuk mendapatkan nilai dan keputusan yang tepat. Ujian korelasi di jalankan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3785/1/24p%20HARYANTI%20MOHD%20AFFANDI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3785/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini di jalankan untuk mengkaji ketekunan, kreativiti dan inovasi di kalangan
pelajar UTHM. Rekabentuk kajian yang dipilih ialah statistik deskriptif dimana, data
yang diperolehi akan dianalisis oleh perisian SPSS untuk mendapatkan nilai dan
keputusan yang tepat. Ujian korelasi di jalankan untuk mengetahui hubungan antara
pencapaian prestasi pelajar dengan tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan
inovasi) mereka dan hubungan antara lokasi tempat tinggal dengan tahap tabiat
minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) mereka. Ujian t di lakukan untuk
mengenalpasti perbezaan antara tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan
inovasi) merentas tahun pengajian. Pemilihan sampel dilakukan menggunakan
kaedah rawak mudah di mana jumlah keseluruhan sampel bagi tahun satu dan tiga
ialah 134 orang dari jumlah populasi seramai 305 orang. Instrumen kajian yang
digunakan ialah borang soal selidik menggunakan skala likert sebanyak 34 soalan.
Berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi semasa ujian rintis di jalankan (
0.909 ), menunjukkan soal selidik tersebut boleh digunakan untuk keija di lapangan.
Berdasarkan analisis data yang diperolehi, tahap tabiat minda (ketekunan, kreativiti
dan inovasi) responden adalah berada di tahap sederhana. Manakala, tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi)
dengan pencapaian prestasi pelajar dan lokasi tempat tinggal. Seterusnya, ujian t di
jalankan dan di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap tabiat
minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) merentas tahun pengajian. Berdasarkan
kajian yang di jalankan di dapati bahawa, responden kurang menamalkan tabiat
minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi) mereka dalam pembelajaran dan
pengajaran manakala, pihak universiti kurang mendedahkan mereka dengan amalan
tabiat minda (ketekunan, kreativiti dan inovasi). |
---|