Pengurusan air larut resap: pendekatan biologi
Modenisasi banyak menyumbang kepada peningkatan sampah-sarap secara mendadak dan sampah-sarap akan diuruskan melalui sistem kambus tanah. Penggunaan sistem kambus tanah akan mengakibatkan penjanaan air larut resap yang bakal menimbulkan masalah persekitaran dan kesihatan. Air larut resap ialah cecai...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Malay Arts, Culture and Civilization Research Centre, Institute of the Malay World and Civilization
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3505/1/AJ%202018%20%28691%29.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3505/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modenisasi banyak menyumbang kepada peningkatan sampah-sarap secara mendadak dan sampah-sarap akan diuruskan melalui sistem kambus tanah. Penggunaan sistem kambus tanah akan mengakibatkan penjanaan air larut resap yang bakal menimbulkan masalah persekitaran dan kesihatan. Air larut resap ialah cecair yang terhasil daripada kegiatan degradasi sisa dan penyusupan air hujan. Oleh sebab air larut resap mengandungi bahan-bahan pencemar yang toksik, air larut resap harus dikumpul dan diolah secara sistematik. Dalam kajian ini, sampel air larut resap dari salah satu tapak pelupusan di Malaysia telah dikumpulkan dan digunakan untuk pengolahan melalui pendekatan biologi. Pengolahan air larut resap akan dijalankan dengan menggunakan mikroorganisma yang berasal dari sampel air dan mikroorganisma eksotik. Kecekapan penglibatan mikroorganisma dalam usaha pengolahan air larut resap dapat ditentukan melalui analisis indikator seperti kepekatan nitrogen ammonia sebelum dan selepas proses pengolahan. Di samping itu, beberapa teknologi yang sesuai digunakan untuk pengolahan air larut resap atau penambahbaikan kecekapan proses pengolahan juga dikenalkan. Kesimpulannya, usaha mengeksplorasi teknologi pengolahan air larut resap harus dijalankan secara segera dan berkekalan agar masalah yang diundangkan oleh air larut resap dapat diatasi secara sempurna. |
---|