Aplikasi buku cerita interaktif “Kisah Nabi Sulaiman A.S.”

Aplikasi buku cerita interaktif telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada masa kini. Hal ini kerana penggunaan elemen multimedia yang dapat menambah pengalaman dan keseronokan semasa menggunakan aplikasi. Walaupun terdapat banyak aplikasi buku cerita interaktif dalam pasaran, masih terdapat beb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohtar, Nur Adilah, Othman, Muhammad Fakri, Senan, Norhalina, Suparjoh, Suriawati
Other Authors: Ismail, Mohd Norasri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3244/1/Bab07.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3244/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aplikasi buku cerita interaktif telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada masa kini. Hal ini kerana penggunaan elemen multimedia yang dapat menambah pengalaman dan keseronokan semasa menggunakan aplikasi. Walaupun terdapat banyak aplikasi buku cerita interaktif dalam pasaran, masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah kurangnya cerita yang menggunakan Bahasa Melayu serta terdapat banyak gangguan-gangguan antaramuka semasa proses penceritaan. Oleh itu aplikasi Aplikasi Buku Cerita Interaktif “Kisah Nabi Sulaiman A.S.” ini dibangunkan menggunakan teknik animasi 2D. Tujuan utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk menyediakan kandungan buku cerita interaktif kisah Nabi Sulaiman untuk pelantar Android. Pengguna sasaran aplikasi adalah peringkat usia empat hingga enam tahun khususnya yang beragama Islam. Model MMCD dipilih sebagai metodologi untuk membangunkan sistem ini. Pengujian aplikasi telah dijalankan ke atas 23 orang murid Kelas Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Pintas Raya. Hasil pengujian menunjukkan semua responden bersetuju bahawa aplikasi ini menepati citarasa mereka.