M-Hafazan: aplikasi mudah alih untuk pengajian tahfiz

Pendidikan tahfiz secara formal telah berkembang pesat serta mendapat perhatian istimewa dari masyarakat Islam di Malaysia. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi yang dap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sopi, ‘Adhlin ‘Atirah, Wahid, Noorhaniza, A. Hamid, Rahayu, Murli, Norhanifah
Other Authors: Ismail, Mohd Norasri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3240/1/Bab04.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3240/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan tahfiz secara formal telah berkembang pesat serta mendapat perhatian istimewa dari masyarakat Islam di Malaysia. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi yang dapat menyokong pembelajaran tahfiz. Namun begitu, tiada aktiviti pengukuhan disediakan bagi membolehkan penghafaz al-Quran menguji tahap ingatan mereka terhadap ayat-ayat yang telah dihafaz. Aplikasi m-Hafazan ini dibangunkan dengan tujuan menyokong pengajian tahfiz dengan lebih baik. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan metodologi Multimedia Mobile Content Development. Metodologi ini dipilih kerana ia dapat mempercepatkan proses pembangunan aplikasi serta mengurangkan penggunaan pemprosesan data peranti mudah alih. Pengujian aplikasi telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar dan guru dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz, Parit Raja. Hasil pengujian menunjukkan 78.3% pelajar sangat bersetuju aplikasi m-Hafazan sesuai digunakan sebagai medium alternatif dalam pengajian hafazan al-Quran. Selain itu, 85% pelajar sangat bersetuju bahawa aplikasi ini dapat membantu pengukuhan hafazan mereka. Kesimpulannya, walaupun kaedah talaqqi (bersemuka) merupakan pendekatan yang terbaik dalam pengajian hafazan, namun implementasi aplikasi m-Hafazan berpotensi untuk dijadikan kaedah alternatif dalam pembelajaran hafazan bagi pelajar tahfiz mahupun bukan.