Hubungan antara amalan pengurusan rantaian bekalan hijau (GSCM) dan prestasi rantaian bekalan di sektor pembuatan, Batu Pahat, Johor

Pola pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan tahap penggunaan tenaga dan bahan-bahan dan memberi kesan kepada kemampanan alam sekitar. Kemakmuran ekonomi bagi penduduk bandar yang lebih besar, lebih banyak membawa kepada pembaziran pengeluaran. Hal ini berlaku kerana penghasilan sisa dipengaruhi oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ow, Su Yee, Kamaruddin, Nor Kamariah, Ahmad, Nurazwa
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3175/1/Bab03.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3175/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pola pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan tahap penggunaan tenaga dan bahan-bahan dan memberi kesan kepada kemampanan alam sekitar. Kemakmuran ekonomi bagi penduduk bandar yang lebih besar, lebih banyak membawa kepada pembaziran pengeluaran. Hal ini berlaku kerana penghasilan sisa dipengaruhi oleh proses perindustrian. Sisa dari sektor pembuatan boleh mendatangkan ancaman terhadap bekalan air, kesihatan awam dan alam sekitar melalui penyebaran bakteria lalu mengakibatkan pencemaran sumber air. Air yang tercemar mungkin mengandungi kepekatan bahan-bahan pencemaran yang tinggi yang dihasilkan oleh kilang-kilang dan akan datang kembali kepada pengguna melalui kitaran air sebagai sumber utama untuk kegunaan harian. Oleh itu, pengguna terdedah kepada pelbagai penyakit dan sekali gus boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka (Khairul, Rahman & Ho, 2011). Isu alam persekitaran merupakan isu yang kian mencabar kepada organisasi perniagaan pada masa kini. Pemanasan global, pengurangan kualiti udara dan pencemaran air merupakan beberapa contoh kesan alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti yang selaras dengan rantaian bekalan organisasi. Pada 9 April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.