Menghidupkan makanan sunnah: kurma dan susu kambing cadangan sajian sarapan pagi

Makanan merupakan keperluan asasi manusia dalam merealisasikan kehidupan yang lebih sempurna. Sekiranya Allah SWT tidak menciptakan sumber makanan, sudah tentu manusia tidak dapat hidup. Kehidupan Rasulullah SAW acap kali diikuti oleh umat Islam sebagai qudwatun hasanah. Namun, tidak semua perbuata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah@Teo Wee Siang, Aariz Daniel Teo, Zainol, Nur Zainatul Nadra, Mat Nayan, Nadirul Hasraf
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3031/1/Bab08.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3031/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makanan merupakan keperluan asasi manusia dalam merealisasikan kehidupan yang lebih sempurna. Sekiranya Allah SWT tidak menciptakan sumber makanan, sudah tentu manusia tidak dapat hidup. Kehidupan Rasulullah SAW acap kali diikuti oleh umat Islam sebagai qudwatun hasanah. Namun, tidak semua perbuatan Rasulullah SAW perlu diikuti dan ditaati. Oleh itu, pemakanan Rasulullah SAW termasuk dalam bahagian perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang meliputi perilaku manusia biasa seperti bangun, duduk, makan, minum dan seumpamanya. Seterusnya, pemakanan Rasulullah SAW adalah pemakanan yang sudah sedia ada di Tanah Arab ketika itu. Perbuatan ini ialah perbuatan semulajadi yang boleh diikuti oleh umat Islam (Al-Jizani, 1996). Oleh itu, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya tidak diamalkan tanpa unsur penghinaan kepada Rasulullah SAW. Namun, sekiranya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian, maka kita akan memperoleh manfaat daripada makanan tersebut dan memperoleh rasa kecintaan terhadap Baginda SAW.