Pembangunan modul prinsip ekonomi dalam topik teori permintaan dan penawaran bagi pelajar diploma di politeknik

Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Prinsip Ekonomi dalam topik Teori Permintaan Dan Pen...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Shaik Ismail, Siti Mahanum
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2003
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/3009/1/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3009/2/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3009/3/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3009/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Prinsip Ekonomi dalam topik Teori Permintaan Dan Penawaran yang telah dihasilkan bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri modul yang baik, modul yang dihasilkan dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan, modul yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dan modul yang dihasilkan dapat mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Kajian ini dilakukan ke atas 144 orang pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma dan 5 orang pensyarah yang mengajar subjek Prinsip Ekonomi di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Kaedah analisa data yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min dan peratus. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri modul yang baik, membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan, membantu meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dan membantu mencapai objektif-objektif pembelajaran. Ini bermakna secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan oleh pengkaji adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma di Jabatan Perdagangan peringkat politeknik. Seterusnya, beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti MPK yang dihasilkan. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.