Pembinaan e-modul mata pelajaran hidrologi : kajian di Politeknik Shah Alam

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bukan perkara yang baru diperkenalkan di arena pendidikan. Pelbagai bentuk MPK yang semakin berkembang di negara kita terutamanya modul bercetak yang merupakan modul paling popular di kalangan pengajar dan pelajar. Sungguhpun begitu, MPK dalam bentuk elektronik ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Nor Hidayah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2995/1/NOR%20HIDAYAH%20BT%20HJ%20MOHAMED%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2995/2/NOR%20HIDAYAH%20BT%20HJ%20MOHAMED%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2995/3/NOR%20HIDAYAH%20BT%20HJ%20MOHAMED%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2995/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bukan perkara yang baru diperkenalkan di arena pendidikan. Pelbagai bentuk MPK yang semakin berkembang di negara kita terutamanya modul bercetak yang merupakan modul paling popular di kalangan pengajar dan pelajar. Sungguhpun begitu, MPK dalam bentuk elektronik yang berintegrasikan multimedia merupakan perkara baru yang semakin berkembang dan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan di negara kita amnya. Justeru, kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan menilai sejauhmana keberkesanan MPK berasaskan multimedia yang dikenali sebagai e-modul yang dibangunkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik. Penyelidik telah menguji sejauhmana e-modul ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar, bersifat interaktif, mesra pelajar, fleksibel dan tahap kepuasan pelajar terhadap hasil keseluruhan e-modul yang dibina. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Semester 6, Politeknik Shah Alam. Melalui penggunaan instrumen soal selidik, pengumpulan data atau penilaian kajian adalah berdasarkan kepada persepsi pelajar terhadap keberkesanan e-modul yang dibangunkan. Segala data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap peningkatan kefahaman pelajar, interaktif, mesra pengguna, fleksibel serta hasil keseluruhan berada pada tahap yang tinggi.