Pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka: satu kajian kes
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak di lapangan kerja sebenar. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, namun di Malaysia ian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2869/2/24p%20WAZLI%20WATISIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2869/1/WAZLI%20WATISIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2869/3/WAZLI%20WATISIN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2869/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang
menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak di lapangan kerja
sebenar. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat dan United Kingdom, namun di Malaysia ianya baru dilaksanakan
pada tahun 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah Kolej Komuniti. Namun
begitu, Kolej Komuniti menghadapi beberapa masalah untuk melaksanakan kaedah
pembelajaran PBK ini. Antara masalah tersebut ialah cabaran dari sudut hubungan
dua-hala diantara Kolej Komuniti dan pihak industri yang menjalinkan kerjasama
untuk melatih pelajar PBK. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk
meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program diploma PBK Rekaan
Fesyen dan Apparel di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Malaysia dengan
menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu kaedah pelaksanaan, masalah dalam
pelaksanaan dan punca berlakunya masalah tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian,
metodologi kajian kes kualitatif digunakan dan dijalankan di lapangan sebenar kajian
iaitu Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) Melaka. Proses pengumpulan data di
lapangan kajian dilaksanakan selama setahun menggunakan teknik temubual,
pemerhatian, analisis dokumen dan penyelidik sendiri bertindak sebagai instrumen
utama kajian. Strategi persampelan menggunakan sampel variasi maksima, teknik
persampelan ‘snowball’ dan jenis persampelan bertujuan. Analisis daripada data
kajian menunjukkan bahawa berlaku beberapa masalah dalam pelaksanaan PBK di
KKBB iaitu melibatkan tahap kepakaran yang rendah terhadap program PBK
dikalangan pensyarah dan majikan, masalah hubungan dua-hala KKBB dan industri,
masalah penilaian, masalah pengurusan dan kadar kemasukan pelajar yang semakin
berkurangan. Berdasarkan kepada hasil analisis ini juga, satu kerangka konseptual
kaedah pelaksanaan PBK dicadangkan sebagai panduan pelaksanaan PBK dan
diharap dapat membantu Kolej Komuniti yang lain dalam pelaksanaan PBK |
---|