Penggunaan modul pembelajaran elektronik (MPE) pengenalan pelancongan H 111 : tinjauan terhadap pensyarah dan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bahru
Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah melihat perkembangan penggunaan komputer sebagai alat berpotensi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini meninjau Penggunaan Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) dalam mata pelajaran Pengenalan Pelancongan H 111...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2804/1/HARULNIZAM%20BIN%20MOHAMAD%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2804/2/HARULNIZAM%20BIN%20MOHAMAD%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2804/3/HARULNIZAM%20BIN%20MOHAMAD%20-%20fulltext.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2804/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah melihat perkembangan
penggunaan komputer sebagai alat berpotensi untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini meninjau Penggunaan Modul Pembelajaran
Elektronik (MPE) dalam mata pelajaran Pengenalan Pelancongan H 111 di kalangan
pensyarah dan pelajar semester satu Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik
Johor Bahru. Seramai 40 responden yang terdiri daripada pelajar dan tiga orang
pensyarah telah dipilih bagi menjawab tiga persoalan kajian yang dinyatakan.
Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian
Sran'sf/caV Package /or <Sbc;'a/ Aaence (SPSS) versi 11.0, manakala maklum balas
soalan terbuka pensyarah pula dipersembahkan dalam bentuk jadual serta
penerangan. Dalam persoalan kajian pertama, skor min keseluruhan yang diperolehi
terhadap penerimaan pelajar ke atas MPE Pengenalan Pelancongan H i l l yang
dihasilkan adalah di tahap baik iaitu 3.74. Manakala persoaian kajian kedua, pelajar
turut bersetuju bahawa isi kandungan MPE Pengenalan Pelancongan H i l l dapat
meningkatkan tahap pemahaman mereka (skor min keseluruhan 3.654). Seterusnya
dalam persoalan kajian ketiga, skor min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.634
menunjukkan satu dapatan keputusan yang baik terhadap penggunaan MPE dalam
membantu proses pembelajaran yang berkesan. Begitu juga dengan hasil dapatan
yang diterima dari pensyarah, mendapati keputusan ketiga-tiga persoalan kajian
berada di tahap setuju atau baik. Di akhir bab kajian ini, beberapa pandangan telah
dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan MPE melalui pembangunan
perisian yang lebih mantap di masa hadapan. |
---|