Persepsi pelajar terhadap aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82 orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mewaki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Husain, Salmiah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2781/1/SALMIAH%20HUSAIN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2781/2/SALMIAH%20HUSAIN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2781/3/SALMIAH%20HUSAIN%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2781/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82 orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mewakili 30% daripada jumlah keseluruhan pelajar Ting. 5 tahun 2002 yang tinggal di asrama sekolah terbabit. Di antara tumpuan kajian ini adalah untuk meninjau pendapat dan persepsi pelajar terhadap beberapa aspek utama penempatan asrama terutamanya dari segi kemudahankemudahan fizikal, peraturan dan disiplin, pengalaman sosial serta psikologi pelajar, serta juga keadaan persekitaran pembelajaran asrama dan sejauhmanakah hubungkait di antara aspek-aspek tersebut dengan pencapaian akademik pelajar. Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan, skor min, sisihan piawai dan juga korelasi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packege For The Social Science). Kajian mendapati kebanyakan pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan dan peraturan sedia ada di asrama mereka. Kebanyakan daripada mereka juga tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di asrama dan mengambil sikap positif terhadap jadual belajar yang ditetapkan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aspek psikologi dan sosial pelajar mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajar manakala aspek kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran pula mempunyai hubungan yang sederhana kuat sementara aspek peraturan dan disiplin pula menunjukkan hubungan yang lemah dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun, dengan nilai pekali yang positif bagi keempat-empat aspek ini, menunjukkan bahawa memang terdapat hubungan di antara aspek-aspek penempatan di asrama dengan pencapaian akademik pelajar