Kaedah pengajaran yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu
Tenaga pengajar yang bertugas di institut memandu memainkan peranan yang penting untuk mendidik dan melahirkan seorang pemandu yang berkemahiran dalam pemanduan kenderaan. Objektif kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti kaedah mengajar dominan yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institusi mema...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/272/1/24p%20SHAFIZA%20ELIZA%20BINTI%20SULAIMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/272/2/SHAFIZA%20ELIZA%20BINTI%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/272/3/SHAFIZA%20ELIZA%20BINTI%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/272/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tenaga pengajar yang bertugas di institut memandu memainkan peranan yang penting untuk mendidik dan melahirkan seorang pemandu yang berkemahiran dalam pemanduan kenderaan. Objektif kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti kaedah mengajar dominan yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institusi memandu, (ii) mengenal pasti perbezaan kaedah mengajar yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu berdasarkan kepada data demografi dan (iii) mengenal pasti persepsi tenaga pengajar di institut memandu terhadap kemahiran pemanduan pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan instrumen berskala Likert. Seramai 60 responden yang terdiri daripada tenaga pengajar dalam daerah Batu Pahat Johor dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Data di analisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 dengan mencari nilai skor min, ujian t-tidak bersandar dan ujian ANOVA. Hasil analisis mendapati kaedah mengajar dominan yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu adalah kaedah tunjuk cara dengan skor min sebanyak 4.71. Pengkaji mendapati kaedah mengajar seperti kaedah secara langsung, kuliah, koperatif dan penemuan berpandu juga diamalkan di institut memandu. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kaedah mengajar yang diamalkan oleh tenaga pengajar di institut memandu dalam daerah Batu Pahat berdasarkan kepada jantina dan kelayakan akademik tenaga pengajar. Secara keseluruhannya, persepsi tenaga pengajar di institut memandu terhadap kemahiran pemanduan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min sebanyak 4.65. Hasil kajian ini diharap dapat membantu tenaga pengajar di institut memandu untuk sentiasa berusaha dalam meningkatkan lagi dan menguasai kemahiran mengajar yang melibatkan pengajaran praktikal dalam kawalan dan pengendalian kenderaan. |
---|