iTAS: mewujudkan persekitaran tanpa kertas dalam pengurusan penilaian pemarkahan pelajar latihan iIndustri di Pusat Pengajian Diploma

Pusat Pengajian Diploma (CeDS) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berhadapan dengan masalah dalam menilai pelajar yang sedang menjalani latihan industri di mana penyelia perlu menguruskan rubrik secara manual. Ini menambah kebimbangan pihak penyelaras Latihan Industri kerana kesemua penil...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Mohd Hanifa, Rafizah, Samsuri, Norlyiana, Kasim, Mariyah, Mahadan, Siti Zulaikah
フォーマット: Book Section
言語:English
出版事項: Penerbit UTHM 2020
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.uthm.edu.my/2574/1/Bab01.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2574/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Pusat Pengajian Diploma (CeDS) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berhadapan dengan masalah dalam menilai pelajar yang sedang menjalani latihan industri di mana penyelia perlu menguruskan rubrik secara manual. Ini menambah kebimbangan pihak penyelaras Latihan Industri kerana kesemua penilaian pelajar melibatkan penggunaan kertas yang banyak dan ini bertentangan dengan matlamat universiti bagi mewujudkan “Pejabat Hijau”. Oleh yang demikian, reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan Industrial Training Assessment System yang juga dikenali sebagai iTAS telah dibuat agar lebih mesra pengguna, generik dan berasaskan web. Ini bagi memudahkan penyelia mencapai semua maklumat penting berkaitan dengan penilaian latihan industri pelajar secara lebih teratur dan cekap agar persekitaran tanpa kertas dapat diwujudkan di samping mengelakkan pembaziran kos operasi. Segala butiran pelajar yang menjalani latihan industri boleh dinilai secara dalam talian tanpa melibatkan penggunaan kertas dan pengiraan markah dilakukan secara automatik oleh sistem. Dengan ini ralat kiraan dapat dielakkan dan memudahkan lagi kerja penyelia dalam menilai pelajar di bawah seliaan masing-masing. Pembangunan iTAS adalah berdasarkan Model Air Terjun dan menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver dan MySQL sebagai pangkalan data untuk mencapai dan menyimpan data. Satu kaji selidik telah dilakukan bagi melihat kebolehgunaan sistem yang dibangunkan. Hasilnya hampir 70% responden bersetuju bahawa sistem ini mampu meringankan beban penyelia dalam menilai pelajar yang menjalani latihan industri.