Indikator pelajar cemerlang: satu kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat

Laporan projek saijana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Indikator Pelajar Cemerlang: Satu Kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diwakili oleh pelajar-pelajar aliran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adiman, Rohayah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2426/1/ROHAYAH%20BINTI%20ADIMAN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2426/2/ROHAYAH%20BINTI%20ADIMAN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2426/3/ROHAYAH%20BINTI%20ADIMAN%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2426/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan projek saijana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Indikator Pelajar Cemerlang: Satu Kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diwakili oleh pelajar-pelajar aliran kejuruteraan awam cemerlang, mengenalpasti sejauhmana indikator yang dihasilkan sesuai menggambarkan kecemerlangan pelajar aliran kejuruteraan awam sekolah ini serta untuk mengetahui halangan-halangan yang wujud dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar dan cara mengatasinya. Responden adalah terdiri daripada guru, staf sokongan sekolah dan 80 orang pelajar tingkatan empat dan lima aliran kejuruteraan awam Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Indikator yang dihasilkan dapat dijadikan sebagai satu piawaian yang dapat menjadi panduan samaada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diwakili oleh pelajar-pelajar aliran kejuruteraan Awam itu cemerlang atau tidak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 11.0 for windows (Statistical Package for the social Science Version 11.0) digunakan untuk menganalisfs data yang diperolehi. Data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif iaitu taburan skor min dan peratusan. Dapatan menunjukkan hampir keseluruhan responden menyatakan pelajar-pelajar aliran kejuruteraan awam Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat cemerlang dan indikator yang dihasilkan sesuai digunakan. Responden pelajar telah memilih masalah displin pelajar yang kurang memuaskan sebagai halangan utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar sementara guru dan staf sokongan pula memilih faktor guru yang selalu menangguhkan kelas kerana terlalu sibuk dengan aktiviti di peringkat sekolah dan daerah sebagi halangan utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.