Perlaksanaan latihan industri dalam meningkatkan kebolehkerjaan : satu kajian kes pelajar-pelajar bidang perhotelan di Politeknik Johor Bahru
Kajian ini merupakan kajian penilaian perlaksanaan Latihan Industri dalam meningkatkan kebolehkeijaan pelajar-pelajar dalam kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori dan praktikal semasa menjalani Latihan Industri....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2288/1/ANIDA%20BT%20MOHD%20JELANI%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2288/2/ANIDA%20BT%20MOHD%20JELANI%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2288/3/ANIDA%20BT%20MOHD%20JELANI%20-%20fulltext.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2288/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan kajian penilaian perlaksanaan Latihan Industri dalam
meningkatkan kebolehkeijaan pelajar-pelajar dalam kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori dan praktikal semasa menjalani Latihan Industri. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat sejauh mana Latihan Industri ini dapat meningkatkan kebolehkeijaan dari aspek kemahiran generik dan pengurusan perhotelan. Dalam pada itu, kajian ini juga melihat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari kedua-dua aspek yang ditunjukkan. Kajian telah dijalankan di Politeknik Johor
Bahru dalam Jabatan Hospitaliti dan menggunakan soal selidik sebagai data kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif dari sesi temu bual semi berstruktur dalam memperolehi dapatan kajian. Seramai 147 sampel daripada 231 populasi yang disasarkan telah menjawab soal selidik yang dijalankan. Tiga orang pensyarah juga telah ditemu bual bagi menyokong dapatan kajian ini. Kesemua dapatan kajian telah dianalisis menggunakan SPPS versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar-pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori dan praktikal semasa menjalani Latihan Industri. Ini
berdasarkan purata skor min yang ditunjukkan iaitu 3.74 dan 3.88. Kajian ini juga membuktikan, Latihan Industri dapat meningkatkan kebolehkeijaan dari aspek kemahiran generik dan pengurusan perhotelan dengan skor min mencapai tahap yang tinggi iaitu 4.08 dan 3.82. Selain daripada itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari aspek kemahiran generik. Berbeza pula dengan aspek pengurusan perhotelan di mana terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. |
---|