Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia

Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pawi, Soeb
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.uthm.eprints.2203
record_format eprints
spelling my.uthm.eprints.22032021-10-31T04:03:08Z http://eprints.uthm.edu.my/2203/ Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Pawi, Soeb HD101-1395.5 Land use Land tenure Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kaedah pengurusan dan pentadbiran PBT itu sendiri yang semakin kompleks sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat dan keperluan komuniti yang semakin mendesak. Fenomena prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan PBT tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan pembangunan mampan sebagaimana diharapkan. Oleh yang demikian, satu strategi yang berkesan dan inisiatif yang terbaik perlu dirangka bagi menangani perkara ini, sekaligus dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi (1) mengenal pasti permasalahan dan hubung kait dengan perundangan dan polisi yang terlibat dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia, (2) mengukur prestasi pungutan semasa dan tunggakan cukai harta di PBT Malaysia, (3) mengkaji strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia dan akhirnya (4) membangunkan model pengurusan cukai harta bagi PBT Malaysia. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan hibrid (mixed method). Melalui pendekatan kualitatif, teknik Delphi telah digunakan dengan mengadakan perbincangan dan temubual secara semi-struktur sebanyak dua fasa ke atas 15 responden yang terdiri daripada pakar-pakar pencukaian di PBT Malaysia. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenal pasti tema perbincangan dengan faktor kekerapan sebagai keutamaan. Melalui pendekatan kuantitatif, sebanyak 239 responden telah mengemukakan maklum balas melalui instrumen kaji selidik yang dibina bagi mendapatkan strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Kajian ini telah menghasilkan satu tahap pengukuran prestasi pungutan cukai harta di PBT Malaysia. Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan & Pentadbiran, (2) Perundangan, (3) Penguatkuasaan, (4) Promosi & insentif serta (5) Strategi, inisiatif & transformasi yang perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan cukai harta yang berkesan di PBT Malaysia. Penemuan baru atau novelty dalam kajian ini adalah menghasilkan tahap prestasi dan model pengurusan cukai harta di mana ia dibangunkan dan boleh dijadikan penanda aras serta panduan dalam mengatasi kemelut prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi di PBT Malaysia. 2013-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf Pawi, Soeb (2013) Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
institution Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
building UTHM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
content_source UTHM Institutional Repository
url_provider http://eprints.uthm.edu.my/
language English
English
English
topic HD101-1395.5 Land use Land tenure
spellingShingle HD101-1395.5 Land use Land tenure
Pawi, Soeb
Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
description Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kaedah pengurusan dan pentadbiran PBT itu sendiri yang semakin kompleks sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat dan keperluan komuniti yang semakin mendesak. Fenomena prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan PBT tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan pembangunan mampan sebagaimana diharapkan. Oleh yang demikian, satu strategi yang berkesan dan inisiatif yang terbaik perlu dirangka bagi menangani perkara ini, sekaligus dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi (1) mengenal pasti permasalahan dan hubung kait dengan perundangan dan polisi yang terlibat dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia, (2) mengukur prestasi pungutan semasa dan tunggakan cukai harta di PBT Malaysia, (3) mengkaji strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia dan akhirnya (4) membangunkan model pengurusan cukai harta bagi PBT Malaysia. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan hibrid (mixed method). Melalui pendekatan kualitatif, teknik Delphi telah digunakan dengan mengadakan perbincangan dan temubual secara semi-struktur sebanyak dua fasa ke atas 15 responden yang terdiri daripada pakar-pakar pencukaian di PBT Malaysia. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenal pasti tema perbincangan dengan faktor kekerapan sebagai keutamaan. Melalui pendekatan kuantitatif, sebanyak 239 responden telah mengemukakan maklum balas melalui instrumen kaji selidik yang dibina bagi mendapatkan strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Kajian ini telah menghasilkan satu tahap pengukuran prestasi pungutan cukai harta di PBT Malaysia. Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan & Pentadbiran, (2) Perundangan, (3) Penguatkuasaan, (4) Promosi & insentif serta (5) Strategi, inisiatif & transformasi yang perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan cukai harta yang berkesan di PBT Malaysia. Penemuan baru atau novelty dalam kajian ini adalah menghasilkan tahap prestasi dan model pengurusan cukai harta di mana ia dibangunkan dan boleh dijadikan penanda aras serta panduan dalam mengatasi kemelut prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi di PBT Malaysia.
format Thesis
author Pawi, Soeb
author_facet Pawi, Soeb
author_sort Pawi, Soeb
title Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
title_short Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
title_full Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
title_fullStr Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
title_full_unstemmed Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
title_sort model pengurusan cukai harta pihak berkuasa tempatan malaysia
publishDate 2013
url http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2203/
_version_ 1738580959559680000
score 13.2014675