Model kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia

Pendekatan penyenggaraan seringkali dianggap sebagai aktiviti yang remeh sehinggakan dalam praktis semasa, pendekatan ini tidak dapat menarik perhatian kebanyakkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran. Senario ini memberikan justifikasi awal mengenai budaya semasa penyenggaraan yang tidak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Mohammad Ashraf
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2202/1/24p%20MOHAMMAD%20ASHRAF%20ABDUL%20RAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2202/2/MOHAMMAD%20ASHRAF%20ABDUL%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2202/3/MOHAMMAD%20ASHRAF%20ABDUL%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2202/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan penyenggaraan seringkali dianggap sebagai aktiviti yang remeh sehinggakan dalam praktis semasa, pendekatan ini tidak dapat menarik perhatian kebanyakkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran. Senario ini memberikan justifikasi awal mengenai budaya semasa penyenggaraan yang tidak lagi diterapkan secara cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu matlamat kajian ini adalah untuk meneroka perspektif semasa amalan pengurusan warisan dalam industri pengekalan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi amalan semasa dan membentuk faktor kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Dalam mencapai matlamat tersebut, satu model penilaian amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan telah dibangunkan menggunakan kaedah Analytic Hierarchy Process (AHP) berpandukan kepada elemen kriteria amalan terbaik. Model penilaian ini telah diuji di enam buah organisasi pengurusan penyenggaraan bangunan warisan. Hasil penemuan mendapati bahawa indikasi amalan semasa pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia telah dikategorikan sebagai lemah (59.05%). Kajian seterusnya adalah untuk mengenalpasti masalah yang menyumbang kepada kelemahan amalan semasa di mana maklumbalas dari 63 responden yang terdiri daripada ahli akademik dan profesional industri mendapati bahawa masalah kewangan, kekurangan institusi serta kemudahan latihan, masalah alat ganti dan sikap manusia sebagai faktor yang amat signifikan. Sebagai refleks kepada masalah yang telah dikenalpasti, model kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan telah direkabentuk bagi proses menambahbaik praktis amalan semasa. Kesimpulannya, model kejayaan utama yang dibentuk berpotensi membantu ke arah mengubah amalan semasa yang lemah kepada amalan yang lebih baik dan berkesan di masa hadapan