Potensi keterlibatan pelajar kejuruteraan elektrik semester akhir KUiTTHO dalam bidang keusahawanan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi keterlibatan pelajarpelajar kejuruteraan elektrik semester akhir KUiTTHO dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan penglibatan di dalam bidang keusahawanan dari segi jantina. Pengumpulan data adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rajamanickam, Segar
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2188/1/SEGAR%20AIL%20RAJAMANICKAM%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2188/2/SEGAR%20AIL%20RAJAMANICKAM%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2188/3/SEGAR%20AIL%20RAJAMANICKAM%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2188/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi keterlibatan pelajarpelajar kejuruteraan elektrik semester akhir KUiTTHO dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan penglibatan di dalam bidang keusahawanan dari segi jantina. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik. Sebanyak 86 soal selidik telah di analisis berdasarkan kaedah kualitatif iaitu taburan frekuensi, peratusan dan skor min dan secara kuantitatif ujian -t dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science(SPSS ver 10.0). Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden mempunyai sikap yang positif terhadap bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun secara keseluruhan tahap potensi keterlibatan dalam bidang keusahawanan adalah di paras sederhana. Ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar kejuruteraan lebih cenderung untuk menceburi bidang keijaya lain yang menawarkan pendapatan yang tetap dan berhasrat menjadi seorang profesional seperti jurutera. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tiada terdapat perbezaan signifikan dari segi jantina, potensi keterlibatan dalam bidang keusahawanan. Adalah dicadangkan agar pihak KUiTTHO dapat mengenal pasti calon-calon atau bakal-bakal usahawan semasa mereka masih menuntut untuk membolehkan penyaluran bantuan dilakukan dengan secepat mungkin sebelum semangat mereka lentur. Satu kajian dicadangkan untuk melihat potensi keterlibatan semua pelajar kejuruteraan IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia dan melihat siapakah di kalangan mereka bcnar-benar mempunyai potensi menceburi bidang keusahawanan.