Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kesediaan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi menceburi profesion perguruan
Kesediaan bakal pendidik bagi menceburi profesion perguruan adalah amat penting bagi menjamin kualiti sistem pendidikan. Kesediaan ini adalah berkait rapat dengan kecerdasan emosi. Maka, kajian perlu dilakukan untuk melihat pengaruh kecerdasan emosi terhadap kesediaan bakal pendidik. Faktor yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2037/1/24p%20NUR%20AZHANI%20ADNAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2037/2/NUR%20AZHANI%20%20ADNAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2037/3/NUR%20AZHANI%20ADNAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2037/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kesediaan bakal pendidik bagi menceburi profesion perguruan adalah amat penting
bagi menjamin kualiti sistem pendidikan. Kesediaan ini adalah berkait rapat dengan
kecerdasan emosi. Maka, kajian perlu dilakukan untuk melihat pengaruh kecerdasan
emosi terhadap kesediaan bakal pendidik. Faktor yang dikaji adalah lima domain
kecerdasan emosi Goleman (1998) iaitu kesedaran kendiri, kawalan kendiri, motivasi,
empati dan kemahiran sosial, manakala kesediaan dilihat dari aspek sikap dan
penguasaan kemahiran. Responden dalam kajian ini adalah 108 pelajar semester
akhir, Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Instrumen yang
digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi dan kesediaan guru. Data kajian ini
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
16.0 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kecerdasan emosi dan kesediaan di kalangan
bakal pendidik adalah tinggi. Terdapat hubungan sederhana kuat antara kecerdasan
emosi dan kesediaan bakal pendidik. Ujian regresi pelbagai menunjukkan hanya dua
domain kecerdasan emosi iaitu kemahiran sosial dan motivasi yang mempengaruhi
kesediaan bakal pendidik dari aspek sikap. Manakala, domain kecerdasan emosi yang
mempengaruhi kesediaan penguasaan kemahiran ialah kemahiran sosial, motivasi dan
empati. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam penambahbaikan
kursus latihan perguruan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) khususnya, dan institusi pendidikan lain amnya. |
---|