Kesedaran terhadap amalan pemakanan seimbang dalam kalangan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: satu tinjauan

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kecil lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah kesedaran pelajar politeknik terhadap amala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saleh, Noorsyarzielah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2004/1/24p%20NOORSYARZIELAH%20SALEH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2004/2/NOORSYARZIELAH%20SALEH%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kecil lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah kesedaran pelajar politeknik terhadap amalan pemakanan seimbang. Skop yang dikaji dalam kajian ini ialah menentukan tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang, meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pemakanan pelajar, menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan seimbang serta mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan amalan pemakanan seimbang. Reka bentuk kajian yang digunakan penyelidik adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan. Saiz sampel seramai 297 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melibatkan Politeknik Merlimau, Melaka dari semua jabatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 bagi mendapatkan nilai skor min, kekerapan, sisihan piawai, peratusan (%) serta Ujian Korelasi Pearson kerana data bertaburan normal. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang masih di peringkat sederhana. Selain itu, melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa harga makanan dan keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar. Walaupun tahap pengetahuan mereka sederhana, akan tetapi kesedaran mereka terhadap amalan pemakanan seimbang tinggi. Melalui analisis ujian korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan pelajar dengan amalan pemakanan mereka. Walaupun sedemikian, perhubungan yang wujud adalah pada tahap sederhana dan positif. Kata kunci : Pemakanan seimbang, pengetahuan, amalan pemakanan seimbang, kesedaran.