Kajian terhadap ketahanan hentaman ke atas konkrit berbusa yang diperkuat dengan serat kelapa sawit
Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1910/1/24p%20HASHIMAH%20KHO%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/2/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/3/HASHIMAH%20KHO%20HASSAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1910/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konkrit berbusa merupakan sejenis konkrit ringan yang mempunyai kebolehkerjaan yang
baik dan tidak memerlukan pengetaran untuk proses pemadatan. Umum mengenali
konkrit berbusa sebagai bahan binaan yang mempunyai sifat kekuatan yang rendah dan
lemah terutama apabila bahan binaan ini dikenakan tenaga hentaman yang tinggi.
Namun begitu, konkrit berbusa merupakan bahan yang berpotensi untuk dijadikan
sebagai bahan binaan yang berkonsepkan futuristik. Binaan futuristik adalah binaan yang
bercirikan ringan, ekonomi, mudah dari segi kerja pembinaan dan yang paling penting
adalah mesra alam. Dalam kajian ini, konkrit berbusa ditambah serat buangan pokok
kelapa sawit untuk untuk meningkatkan sifat kekuatan atau rapuh. Serat kelapa sawit juga
berfungsi mempertingkatkan ketahanan hentaman terutamanya aspek nilai penyerapan
tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. Kandungan peratusan serat kelapa sawit
yang digunakan adalah 10%, 20% dan 30% dengan dua ketumpatan konkrit berbusa iaitu
1000kg/m3
dan 1400kg/m3
. Untuk menentukan nilai penyerapan tenaga hentaman dan
nilai tenaga hentaman, ujikaji Indentasi dan ujikaji hentaman dilakukan ke atas sampel�sampel yang telah diawet selama 28 hari. Luas bawah graf tegasan-terikan yang
diperolehi daripada ujikaji Indentasi merupakan nilai penyerapan tenaga hentaman bagi
sampel konkrit berbusa. Untuk ujikaji hentaman, keputusan ujikaji dinilai berdasarkan
nilai tenaga hentaman untuk meretakkan sampel yang diperolehi daripada mesin ujikaji
dynatup. Secara keseluruhannya, hasil dapatan utama bagi kedua-dua ujikaji
menunjukkan sampel yang mengandungi peratusan serat kelapa sawit sebanyak 20%
mempunyai nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman yang tinggi.
Serapan tenaga maksimum adalah sebanyak 4.517MJ/m3
untuk ketumpatan 1400kg/m3
.
Ini menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3
berupaya menyerap tenaga lebih baik
berbanding ketumpatan 1000kg/m3
. Manakala untuk nilai tenaga hentaman maksimum
adalah sebanyak 27.229J untuk ketumpatan 1400kg/m3
. Hasil dapatan tersebut menunjukkan ketumpatan 1400kg/m3
dengan peratusan serat sebanyak 20% berupaya
mengalas tenaga hentaman yang lebih banyak sebelum sampel retak. Kesimpulannya,
peningkatan ketumpatan konkrit berbusa dan pertambahan serat buangan kelapa sawit ke
dalam konkrit berbusa dapat meningkatkan ciri ketahanan hentaman konkrit berbusa
khususnya aspek nilai penyerapan tenaga hentaman dan nilai tenaga hentaman. |
---|