Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik premier

Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan melaksanakan penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam sistem pengajian politeknik masih rendah. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Hassan, Yuhanis
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1729/1/24p%20YUHANIS%20CHE%20HASSAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1729/2/YUHANIS%20CHE%20HASSAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1729/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan melaksanakan penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam sistem pengajian politeknik masih rendah. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan tahap kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik. Kajian ini melibatkan tiga buah politeknik yang telah dinaik taraf menjadi Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Ibrahim, Johor; Politeknik Ungku Omar, Perak; dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Seramai 317 orang pensyarah telah dijadikan sampel kajian yang terdiri daripada pensyarah di jabatan kejuruteraan dan jabatan bukan kejuruteraan. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 bagi menentukan purata skor min dan mencari perbezaan aspek yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, hasil analisis data menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di Politeknik Premier berada pada tahap yang tinggi dan hasil dapatan daripada ujian inferensi pula mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan penyelidikan dalam kalangan pensyarah antara jabatan kejuruteraan dengan jabatan bukan kejuruteraan di Politeknik Premier. Pengamalan penyelidikan adalah penting untuk melahirkan jiwa penerokaan di samping dapat mengembangkan kreativiti dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.