Faktor yang mendorong pencapaian akademik pelajar dalam program kimpalan di kolej vokasional

Dalam mengejar arus pembangunan menuju Wawasan 2020 pada masa kini, negara kita perlu bersedia dalam menyediakan tenaga kerja yang mahir dan bersesuaian dengan sektor yang ditawarkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipertanggungjawab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Yusop, Wan Mohd Fazli
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1696/1/24p%20WAN%20MOHD%20FAZLI%20WAN%20YUSOP.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1696/2/WAN%20MOHD%20FAZLI%20WAN%20YUSOP%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1696/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam mengejar arus pembangunan menuju Wawasan 2020 pada masa kini, negara kita perlu bersedia dalam menyediakan tenaga kerja yang mahir dan bersesuaian dengan sektor yang ditawarkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipertanggungjawabkan menyediakan tenaga kerja mahir ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar program kimpalan di Kolej Vokasional. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor personaliti, faktor persekitaran dan faktor keluarga serta diperincikan kepada beberapa aspek yang utama iaitu aspek minat, sikap, disiplin, peralatan, tenaga pengajar, rakan sebaya, sosioekonomi dan tanggungjawab keluarga. Kajian ini melibatkan lima buah kolej yang terpilih mengikut zon di semenanjung Malaysia iaitu Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kolej Vokasional Shah Alam, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Kolej Vokasional Kluang dan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 148 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel rawak mudah. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) V.21. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor personaliti merupakan faktor yang sangat mendorong pencapaian akademik pelajar dengan nilai purata skor min adalah 3.92 dan aspek minat merupakan aspek yang sangat mendorong pencapaian akademik dengan nilai purata skor min adalah 4.02 bagi pelajar program kimpalan di Kolej Vokasional. Diharapkan hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha memperbaiki dan mengembangkan program yang terdapat di Kolej Vokasional.