Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen kemahiran hidup bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat

Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang diletakkan di bawah mata pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Manap, Siti Salwa
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1688/1/24p%20SITI%20SALWA%20AB.%20MANAP.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1688/2/SITI%20SALWA%20AB.%20MANAP%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1688/3/SITI%20SALWA%20AB.%20MANAP%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1688/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang diletakkan di bawah mata pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi tahap kemahiran mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen Kemahiran Hidup dan mengetahui pengaruh opsyen guru terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada 199 orang guru Kemahiran Hidup Tahun 5 di seluruh sekolah rendah Daerah Batu Pahat. Kaedah yang digunakan dalam kajian yang dilakukan ialah Ujian-t dengan menggunakan perisian SPSS ver.19.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa min persepsi kemahiran guru bukan opsyen adalah tinggi. Begitu juga dengan min persepsi guru opsyen Kemahiran Hidup. Namun begitu, terdapat perbezaan yang siginifikan di antara persepsi kemahiran mengajar di antara guru opsyen dengan guru bukan opsyen Kemahiran Hidup. Terdapat juga perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar yang diajar oleh guru opsyen dengan guru bukan opasyen Kemahiran Hidup. Diharapkan, dengan terhasilnya kajian ini akan dapat memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu dalam penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.