Tahap kesedaran teknologi hijau dalam kalangan guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara dengan menggunakan Teori KAP. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan Teknologi Hijau berdasarkan kepada bidang pengkhu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arifin, Mohd Zuhair Azuar
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1642/3/MOHR%20ZUHAIR%20AZUAR%20BIN%20ARIFIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1642/1/24p%20MOHD%20ZUHAIR%20AZUAR%20BIN%20ARIFIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1642/2/MOHD%20ZUHAIR%20AZUAR%20BIN%20ARIFIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1642/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara dengan menggunakan Teori KAP. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan Teknologi Hijau berdasarkan kepada bidang pengkhususan guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara yang berbeza. Kajian ini dijalankan ke atas 43 orang guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara melibatkan negeri Perak, negeri Kedah dan negeri Perlis. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min telah digunakan untuk menerangkan profil responden, tahap pengetahuan, sikap dan amalan hijau guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara. Statistik inferensi yang digunakan ialah ANOVA sehala untuk mengetahui perbezaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru Teknologi Kejuruteraan Zon Utara adalah sederhana. Sikap guru-guru pula berada pada tahap yang positif manakala amalan hijau guru-guru berada pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap pengetahuan Teknologi Hijau berdasarkan kepada bidang pengkhususan guru yang berbeza.Seterusnya cadangan-cadangan kajian lanjutan melibatkan aspek infrastruktur, peralatan, dan pelajar berkaitan keperluan penerapan Teknologi Hijau ke dalam kurikulum sekolah.