Keberkesanan kaedah coaching dalam intervensi tingkah laku murid bermasalah disiplin : kajian kes di Johor

Kaedah coaching telah terbukti berjaya membentuk tingkah laku yang positif dalam bidang sukan dan perniagaan. Akan tetapi, bidang ini masih belum dimanfaatkan dalam kalangan murid di sekolah sebagai alat perubahan tingkah laku bagi mencapai kemenjadian murid yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussein, Mohd Yusof
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/10980/1/24p%20MOHD%20YUSOF%20HUSSEIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10980/2/MOHD%20YUSOF%20HUSSEIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10980/3/MOHD%20YUSOF%20HUSSEIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/10980/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaedah coaching telah terbukti berjaya membentuk tingkah laku yang positif dalam bidang sukan dan perniagaan. Akan tetapi, bidang ini masih belum dimanfaatkan dalam kalangan murid di sekolah sebagai alat perubahan tingkah laku bagi mencapai kemenjadian murid yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan coaching sebagai intervensi dalam pembentukan tingkah laku murid pada peringkat sekolah menengah. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Bagi mencapai matlamat ini, salah sebuah sekolah menengah di Johor telah dipilih. Sebanyak dua fasa pelaksanaan kajian dilaksanakan. Fasa pertama melibatkan 66 orang murid tingkatan 2 yang mempunyai rekod masalah disiplin telah dipilih untuk menjalani ujian yang menggunakan instrumen Roda Kehidupan (Wheel of Life). Manakala fasa kedua pula melibatkan 9 orang murid daripada fasa pertama yang secara sukarela bersedia untuk menjalani sesi coaching secara berkelompok dengan menggunakan model GROUP. Kaedah kutipan data yang diguna pakai adalah melalui analisis hasil kajian sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian pada fasa pertama mendapati bahawa elemen kritikal kemenjadian murid adalah pengaruh rakan sebaya, bilamana ia mencatatkan skor terendah berbanding elemen lain iaitu pada purata skor 4.5. Manakala hasil analisis fasa kedua kajian menunjukkan purata skor kepuasan tahap disiplin murid meningkat sangat ketara berbanding elemen lain iaitu sebanyak 2.55. Seterusnya, hasil pengumpulan data melalui pemerhatian guru, sesi temu bual guru dan ibu bapa juga turut membuktikan bahawa intervensi tingkah laku menggunakan kaedah coaching berupaya meningkatkan tingkah laku murid. Dalam hal ini, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa kaedah coaching adalah salah satu intervensi yang dapat meningkatkan prestasi tingkah laku murid