Pembangunan indeks keselesaan dalam koc tren

Perkhidmatan tren merupakan sebahagian dari sistem transit yang kini semakin popular dalam pembangunan sistem pengangkutan awam. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap keselesaan penumpang di dalam koc tren di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan data cerapan di lapangan dan kajian maklu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordin, Noor Hafiza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/102/1/24p%20NOOR%20HAFIZA%20NORDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/102/2/NOOR%20HAFIZA%20NORDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/102/3/NOOR%20HAFIZA%20NORDIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/102/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkhidmatan tren merupakan sebahagian dari sistem transit yang kini semakin popular dalam pembangunan sistem pengangkutan awam. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap keselesaan penumpang di dalam koc tren di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan data cerapan di lapangan dan kajian maklumbalas penumpang. Hasil kajian ini digunakan untuk membantu membangunkan satu sistem Indeks Keselesaan Dalam Koc Tren atau Railway Coach Comfortability Index (RCCI). Lima (5) parameter utama telah dikenalpasti sebagai indikator pengukur iaitu keselamatan, teknikal, keselesaan termal, informasi dan fasiliti. Kajian ini berjaya membangunkan satu Bulatan Parametrik RCCI bagi menggambarkan hubungkait di antara parameter utama dan sub-parameter RCCI. Selain itu, terdapat juga dua novelti hasil dari kajian ini iaitu menghasilkan persamaan RCCI serta Sistem Rating Alphanumeric dan Star Rating yang menentukan tahap keselesaan penumpang di dalam koc tren. Hasil dapatan kajian menunjukkan LRT Laluan Ampang telah menjana nilai indeks RCCI bersamaan dengan ‘B3’ atau 5 Bintang manakala LRT Laluan Kelana Jaya telah menjana nilai Indeks RCCI bersamaan dengan ‘B2’ atau 6 Bintang. Perbandingan dijalankan di antara hasil kajian di lapangan dengan maklumbalas penumpang mendapati tiada perbezaan yang ketara bagi pandangan. Bagi menentukan Indeks RCCI juga boleh digunakan untuk sistem pengangkutan transit tren yang lain, proses verifikasi telah dilakukan. Hasil mendapati nilai Indeks RCCI bagi sistem Monorel adalah ‘C3’ atau bersamaan dengan 4 Bintang. Ia menunjukkan sistem LRT mempunyai tahap keselesaan penumpang di dalam koc yang lebih baik berbanding dengan sistem Monorel. Oleh itu, sebagai kesimpulan, kajian ini telah mendapati RCCI bagi kedua-dua sistem LRT adalah pada tahap yang baik. Diharapkan Sistem Indeks ini dapat disesuaikan sebagai indeks yang menilai keselesaan penumpang dalam sistem pengangkutan awam yang lain. Di jangkakan terdapat beberapa parameter mungkin perlu diselaraskan bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang akan dinilai.