KEUPAYAAN PEMASARAN DI KALANGAN PENGUSAHA KECIL MAKANAN HALAL DI MELAKA TENGAH : SATU KAJIAN AWAL
Sektor pembuatan makanan hari ini semakin rancak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang terlibat dalam penghasilan produk makanan halal. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta mampu menghasilkan pengeluaran yang menepati pia...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12053/1/persidangan_serantau.pdf http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12053/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor pembuatan makanan hari ini semakin rancak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang terlibat dalam penghasilan produk makanan halal. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta mampu menghasilkan pengeluaran yang menepati piawaian syariah. Fokus utama penghasilan kertas kerja ini adalah bagi melihat keupayaan para pengusaha kecil dalam memasarkan hasil produk makanan halal mereka ke pasaran. Maklumat ini diperolehi dengan mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh mereka terlebih dahulu. Hasil daripada maklumat ini, beberapa saranan strategi pemasaran dicadangkan dengan melihat kepada keupayaan mereka. Kaedah pengumpulan data secara soal selidik digunakan di mana 55 orang pengusaha makanan halal berstatus kecil yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sekitar daerah Melaka Tengah telah dipilih. Secara keseluruhan hasil kajian ini mampu mengupas permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh responden dan secara tidak langsung dapat mengenalpasti keupayaan pemasaran dalam memasarkan produk halal mereka. |
---|