Kajian penggunaan alat bantu dalam pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6)

Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6) kepada pelajar sarjana muda dan diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian IPv6 didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bahaman, Nazrulazhar, Malek, Akhdiat Abd, Hamid , Erman, Mohd Fairuz Iskandar , Othman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11237/1/Kajian_Penggunaan_Alat_Bantu_dalam_Pembelajaran_Rangkaian_Internet_Protokol_Versi_6_%28IPv6%29.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11237/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6) kepada pelajar sarjana muda dan diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian IPv6 didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi rangkaian untuk memantapkan tahap pemahaman para pelajar. Oleh itu, langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi membuktikan di mana sistem alat bantu ini lebih efektif berbanding cara pembelajaran konvensional. Kajian telah dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar daripada semester pengajian yang berbeza di mana hanya satu kumpulan sahaja diberi pendedahan kepada alat bantu tersebut. Melalui kaedah soal-selidik dan keputusan ujian pelajar, beberapa permasalahan dan penemuan berkaitan pembelajaran ini berjaya dihasilkan. Pelbagai kelebihan terdapat pada alat bantu simulasi yang berperanan dalam memudahkan pemahaman tentang rangkaian IPv6 merangkumi proses pemilihan, pengurusan dan pengkonfigurasian perkakasan dan rangkaian. Kaedah pembelajaran turut menjadi lebih mudah serta menarik melalui pendekatan opsyen samada Grafic Computer Interface (GUI) atau Command Line Interface (CLI). Penggunaan alat bantu simulasi oleh para pelajar secara langsung mempertingkatkan penguasaan kemahiran merekacipta dan membangunkan rangkaian IPv6. Jesteru itu, perlaksanaan pembelajaran berasaskan alat bantu seperti simulasi ini semakin mendapat galakan khususnya di dalam sektor pendidikan secara teknikal. Ini adalah berikutan pendekatan tersebut bersesuaian dengan kemudahan teknologi terkini.