Pemikiran Khadijah Hashim Dan N.H. Dini Dalam Novel-Novel Terpilih

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran kedua-dua orang pengarang dalam aspek pendidikan, kerjaya dan pasangan hidup. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan yang menganalisis teks daripada novel-novel pilihan untuk merungkai isu-isu dan persoalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zian, Sinawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60596/1/SINAWATI%20BINTI%20ZIAN%20-%20TESIS%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/60596/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran kedua-dua orang pengarang dalam aspek pendidikan, kerjaya dan pasangan hidup. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan yang menganalisis teks daripada novel-novel pilihan untuk merungkai isu-isu dan persoalan yang menggambarkan pemikiran kedua-dua orang pengarang. Selain itu, kajian ini juga mengumpul data dan maklumat melalui kajian- kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Objektif kajian ini mengenal pasti persamaan dan perbezaan pemikiran Khadijah Hashim dan N.H.Dini dalam aspek Pendidikan, Kerjaya dan Pasangan Hidup. Kajian ini menggunakan teori kritikan feminis ginokritik semasa menganalisis pemikiran kedua-dua orang pengarang. Sebanyak tujuh buah novel karya Khadijah Hashim dan N.H.Dini dianalisis dalam kajian ini. Dapatan kajian ini mendapati terdapat persamaan pemikiran antara kedua-dua orang pengarang dalam isu kepentingan pendidikan dan kerjaya terhadap wanita. Namun begitu, terdapat perbezaan dalam pemikiran antara kedua- dua orang pengarang dalam isu pasangan hidup. N.H.Dini tidak menolak kehadiran lelaki dalamkehidupan wanita. Berbeza dengan Khadijah Hashim yang menolak kehadiran lelaki dalam kehidupan wanita, kerana wanita mampu berdikari. Hal ini disebabkan oleh pengalaman hidup kedua-dua orang penulis adalah berbeza dan pegangan hidup kedua-duanya juga berbeza. Implikasi kajian ini menunjukkan teori ginokritik gagasan Elaine Showalter yang diguna pakai untuk menganalisis. Penulis wanita lebih menjiwai setiap penjelmaan watak wanita di dalam karya berbanding dengan penulis lelaki.