Kajian Pematuhan Program Pengawasan Komuniti Dalam Kalangan Klien Yang Disabitkan Di Bawah Kesalahan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (Adb) 1952

Pengguna dadah (atau PWUDs) yang ditangkap atas kesalahan “kecil” menggunakan dadah seperti dikesan positif untuk penggunaan amphetamine-type stimulants (ATS) boleh dipenjarakan di Malaysia. Disebabkan peningkatan kadar tangkapan tahunan yang membimbangkan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saref, Nadiah Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60332/1/NADIAH%20BINTI%20MOHD%20SAREF%20-%20TESIS%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/60332/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengguna dadah (atau PWUDs) yang ditangkap atas kesalahan “kecil” menggunakan dadah seperti dikesan positif untuk penggunaan amphetamine-type stimulants (ATS) boleh dipenjarakan di Malaysia. Disebabkan peningkatan kadar tangkapan tahunan yang membimbangkan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kajian jangka masa panjang ini bertujuan untuk mengenalpasti kadar pematuhan rawatan dan menilai fungsi sosial diantara responden yang telah menjalani hukuman penjara (ditahan dalam tempoh dua tahun) dan telah membayar denda mahkamah (tidak melebihi lima ribu ringgit) dibawah Seksyen 15(1)(a) dan kemudiannya diperintahkan menjalani pengawasan dalam komuniti dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Sejumlah 85 responden (59 klien penjara dan 26 klien mahkamah) telah direkrut dan diikuti untuk tempoh maksimum selama enam bulan. Kesemua klien dinilai menggunakan borang soal-selidik berstruktur dan separa berstruktur sepanjang kajian ini berlangsung. Majoriti responden adalah lelaki (91%, n=77/85), kebanyakan berbangsa Melayu (51%), dan 69% masih bujang. Lapan puluh peratus mempunyai sejarah penjara sebelum ini dibawah Seksyen 15(1)(a), manakala 50% (42/85) mempunyai sejarah lampau pengawasan dalam komuniti bersama AADK. Kesemua responden pernah mengguna ATS dan dadah lain menjadikan kebanyakan responden adalah polydrug user.