Perkhidmatan Pengurusan Data Penerbitan: E-Publication USM
Amalan pengurusan data yang sistematik dan menyeluruh amat penting dalam sesebuah organisasi. Amalan ini harus dilaksanakan oleh semua organisasi yang menyimpan dan mempunyai pelbagai jenis data. Secara umumnya, data penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diur...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/59516/1/PERKHIDMATAN%20PENGURUSAN%20DATA%20PENERBITAN.pdf http://eprints.usm.my/59516/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Amalan pengurusan data yang sistematik dan menyeluruh amat penting dalam sesebuah organisasi. Amalan ini harus dilaksanakan oleh semua organisasi yang menyimpan dan mempunyai pelbagai jenis data. Secara umumnya, data penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diuruskan oleh perpustakaan atau Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) secara khususnya telah diberi mandat oleh Naib Canselor untuk mengurus dan mengesahkan data penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik USM. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan dengan kerjasama Pusat Ilmu Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah merancang, menyelaras dan membangunkan sistem pengesahan data penerbitan yang dikenali sebagai e-Publication. Kerjasama ini turut melibatkan Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Bahagian Sumber Manusia dan Penerbit USM dalam proses pembangunan sistem. Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membangunkan sistem yang bersepadu dan komprehensif untuk mengurus dan menyimpan data penyelidik, data penyelidikan dan data penerbitan yang telah disahkan oleh Perpustakaan. Sistem ini juga dibangunkan untuk membantu memudahkan universiti secara amnya dan penyelidik secara khususnya dalam mengakses semula data yang dijana secara real-time, seterusnya dapat menjimatkan kos dan masa, serta ketepatan data dapat dipertingkatkan. Selain itu, sistem ini juga diharapkan menjadi sistem bersepadu yang akan membantu dalam proses kenaikan pangkat, laporan penilaian prestasi (LPP), pengauditan universiti, analisis data dan seterusnya membantu pihak atasan universiti dalam membuat keputusan. |
---|