Profesionalisme Pustakawan Akademik Berasaskan Penjenamaan Peribadi Autentik Di Universiti Sains Malaysia

Nilai teras profesionalisme bagi pustakawan akademik bermakna menyokong penyediaan perkhidmatan Perpustakaan untuk memenuhi keperluan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta sosial selain memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pust...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Rosnani, Che Jaafar, Cik Ramlah, Azmi, Nooradilah, Abu Hanipah,, Rabiahtul Adauwiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59515/1/Profesionalisme%20Pustakawan%20Akademik%20Berasaskan%20Penjenamaan%20Peribadi%20Autentik_Pendekatan%20Universiti%20Sains%20Malaysia%20%281%29.pdf
http://eprints.usm.my/59515/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nilai teras profesionalisme bagi pustakawan akademik bermakna menyokong penyediaan perkhidmatan Perpustakaan untuk memenuhi keperluan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta sosial selain memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pustakawan perlu menerapkan kriteria Penjenamaan Peribadi Autentik (Criteria of Authentic Personal Branding) dengan menilai diri secara mendalam, mengenalpasti dan menggunakan kepakaran serta kebolehan yang dimiliki dengan konsisten tanpa meniru individu lain selain cuba meminimakan persepsi negatif dan stereotaip masyarakat terhadap profesion kepustakawanan. Kini, peranan yang dimainkan oleh pustakawan akademik di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada perancangan, pembangunan serta pengurusan sumber dan koleksi semata-mata, sebaliknya turut berperanan sebagai konsultan, koordinator, fasilitator, kurator, teknologis, jurutera, pemudahcara dan pegawai perhubungan awam untuk organisasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan pustakawan akademik di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dalam merencanakan program serta inisiatif bagi Perkhidmatan Pendidikan Pengguna & Literasi Maklumat, Perkhidmatan Rujukan & Maklumat Elektronik serta Perkhidmatan Sokongan Akademik & Penyelidikan dengan menerapkan kerangka Assocation of College and Research Libraries (ACRL) Framework for Information Literacy for Higher Education.