Mengurus Trend Sokongan Penyelidikan Dalam Tempoh Endemik: Inisiatif Sains Terbuka dan Pengurusan Data Penyelidikan

Negara telah bergerak kepada fasa ‘peralihan ke endemik’. Fasa ini akan membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda pada penghujung Disember 2019. Ia telah memberi impak yang sangat besar kepad...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd Napiah, Mohd Kamal, Che Jaafar, Cik Ramlah, Azmi, Noor Adilah, Md Rashid, Mohd Nasir
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/59514/1/Mengurus%20Trend%20Sokongan%20Penyelidikan%20Dalam%20Tempoh%20Endemik.pdf
http://eprints.usm.my/59514/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Negara telah bergerak kepada fasa ‘peralihan ke endemik’. Fasa ini akan membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda pada penghujung Disember 2019. Ia telah memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan masyarakat dunia yang mana ia telah menukar gaya hidup dan cara kerja masyarakat dalam semua sektor termasuk sektor pendidikan. Dalam tempoh ini, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Sokongan Penyelidikan (BSP) sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dengan memperkenal pelbagai inisiatif untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan agar sentiasa berjalan lancar. Inisiatif yang diperkenalkan tertumpu kepada dua elemen utama iaitu sains terbuka serta pengurusan data penyelidikan (RDM). Selain daripada itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab menjayakan agenda yang lebih besar dan juga merupakan agenda penting negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM). Beberapa perkhidmatan baharu yang bersifat personalized telah diperkenalkan bagi memudahkan para penyelidik menjayakan kajian seperti journal verification for publication, request for list of indexed journals with quartile information based on specialization, Request for merging Scopus ID, On demand training on RDM, Research made easy webinar series dengan kerjasama Elsevier dan Clarivate serta konsultasi. Terkini, Perpustakaan juga sedang mengetuai inisiatif untuk membangunkan sistem verifikasi data penerbitan yang lebih komprehensif dan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Open Science. Perpustakaan USM amat optimis bahawa inisiatif yang dirancang dan dijayakan ini akan memberi manfaat dan impak yang besar kepada warga penyelidik dalam usaha memudahkan urusan penyelidikan di era endemik yang kian mencabar.