Penghasilan Komposit Poliuretana-Kenaf Menggunakan Pengacuanan Tidak Balas Suntikan

Dalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf. Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas (RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Azizah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59455/1/24%20Pages%20from%2000001760350.pdf
http://eprints.usm.my/59455/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf. Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas (RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tikar gentian kenaf dihasilkan menggunakan mesin penyisirkasaran dan penumbuk-jejarum. Kesan-kesan nisbah isosianat dengan hidroksil NCO/OH dan peratusan berat gentian kenaf terhadap komposit PU diperkuat gentian telah dikaji. Berdasarkan pemerhatian, didapati sifat komposit PU yang dihasilkan dipengaruhi oleh peratusan gentian kenaf dan juga nisbah NCO/OH yang digunakan dengan ketara. Kesan proses penumbukan-jejarum ke atas tikar gentian kenaf yang dihasilkan juga memberikan kesan terhadap komposit PU. Daripada analisis pengimejan SEM, didapati rangkaian telah terbentuk di antara matriks PU dan gentian kenaf. Selain itu, fenomena mengunci di antara matriks PU dan gentian kenaf juga dapat diperhatikan, iaitu penyerapan matriks ke dalam kapilari gentian kenaf.