Kecekapan Reka Bentuk Bangunan Keselamatan, Kajian Kes: Bangunan Balai Polis Di Malaysia

Kewujudan sesebuah balai polis boleh menghadirkan perasaan selamat, dan juga terlindungi kepada seseorang. Secara tidak langsung, balai polis juga dikira sebagai mampu menggambarkan tahap kepedulian dan kepekaan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan individu, komuniti, dan juga negara. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaharin, Zahardi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59395/1/ZAHARDI%20BIN%20ZAHARIN%20-%20TESIS.pdf
http://eprints.usm.my/59395/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan sesebuah balai polis boleh menghadirkan perasaan selamat, dan juga terlindungi kepada seseorang. Secara tidak langsung, balai polis juga dikira sebagai mampu menggambarkan tahap kepedulian dan kepekaan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan individu, komuniti, dan juga negara. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kecekapan reka bentuk senibina balai polis bagi pengoperasian prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melalui 92.6% jumlah penglibatan responden-responden kajian yang terdiri daripada anggota pasukan PDRM, penekanan diberikan dengan menentukur tahap kepuasan terhadap kecekapan reka bentuk sesebuah balai polis. Penilaian kecekapan keseluruhan reka bentuk fizikal balai polis berdasarkan garis panduan reka bentuk, SOP, dan keperluan PDRM. Kajian kes merangkumi pemerhatian langsung, temubual, dan juga pengedaran borang soal-selidik dilaksanakan ke atas sembilan (9) buah balai polis di tiga (3) buah negeri yang memiliki indeks jenayah yang tinggi, iaitu di Johor, Selangor, dan Pulau Pinang. Analisa kajian menunjukkan elemen keselamatan fizikal dan ciri-ciri reka bentuk balai yang mematuhi keperluan dan SOP PDRM akan menentukan tahap kecekapan reka bentuk dan operasi sesebuah bangunan keselamatan. Justeru dapat dirumuskan bahawa terdapat keperluan ditingkatkan tahap kecekapan sistem keselamatan fizikal bangunan dan pematuhan mandatori terhadap keperluan spesifikasi teknikal sesebuah balai yang menjadi nilai tambah kepada reka bentuk bangunan-bangunan keselamatan balai polis di Malaysia.