Penyingkiran Ammonia, Cod, Ferum Dan Zink Dengan Menggunakan Kombinasi Zeolit Dan Karbon Teraktif

Larut lesapan merupakan air yang mengalir keluar melepasi sisa pepejal di tapak pelupusan sisa pepejal. Ia mengandungi beberapa komposisi bahan pencemar yang agak tinggi seperti ammonia, klorida, sulfat, ferum, kadmium, zink, plumbum dan nilai BOD serta COD yang agak tinggi. Maka satu kaedah r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Terry, Solle Sudar
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57931/1/Penyingkiran%20Ammonia%2C%20Cod%2C%20Ferum%20Dan%20Zink%20Dengan%20Menggunakan%20Kombinasi%20Zeolit%20Dan%20Karbon%20Teraktif_Terry%20Solle%20Sudar.pdf
http://eprints.usm.my/57931/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Larut lesapan merupakan air yang mengalir keluar melepasi sisa pepejal di tapak pelupusan sisa pepejal. Ia mengandungi beberapa komposisi bahan pencemar yang agak tinggi seperti ammonia, klorida, sulfat, ferum, kadmium, zink, plumbum dan nilai BOD serta COD yang agak tinggi. Maka satu kaedah rawatan yang berkesan perlu diperkenalkan untuk memastikan pencemaran air berada pada tahap yang minimum. Kajian ini membincangkan hasil eksperimen tentang penyingkiran ammonia, COD, ferum dan zink dengan menggunakan kombinasi zeolit dan karbon teraktif’. Kajian ini amat penting dilakukan untuk mengkaji bahan-bahan baru yang sesuai untuk menyingkirkan bahan pencemar di dalam larut lesapan Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan dan kombinasi terbaik bagi zeolit dan karbon teraktif dalam proses rawatan larut lesapan di samping menentukan saiz dan kuantiti optimum bagi kombinasi kedua-dua bahan tersebut untuk mencapai tahap keberkesanan yang paling tinggi berdasarkan penghasilan isoterm penjerapan Freundlinch dan Langmuir. Seterusnya menentukan peratus penyingkiran COD, ammonia, ferum dan zink yang mana di perolehi, kombinasi 0.3g zeolit dan 0.1g karbon teraktif adalah kombinasi terbaik untuk menyingkirkan ammonia, COD dan zink iaitu masing-masing sebanyak 60%, 57% dan 55%. Manakala kombinasi 0.1g zeolit dan 0.3g karbon teraktif adalah kombinasi terbaik untuk menyingkirkan ferum iaitu sebanyak 70%. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan untuk rawatan yang lebih komersial pada masa akan datang kerana ia mampu untuk menjimatkan kos serta lebih efisien.