Gerakan Sosial Dalam Komunitionline: Satu Kajian Wacana Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Chandra Hamzah Dan Bibit Samad Riyanto" Di Indonesia

Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Budi Sulistyo, Ponco
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57699/1/00001791958%20Ponco%20Budi%20Sulistyo24.pdf
http://eprints.usm.my/57699/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosial anti-rasuah di media sosial Facebook yang bemama "Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Bibit Samad Riyanto dan Chandra Hamzah", kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola dan ciri-ciri komunikasi yang berlaku, peranan ideologi sebagai kerangka asas untuk mengatur kognisi sosial yang dikongsi, faktorfaktor yang menjadi latar belakang ahli-ahli kumpulan untuk menyertainya dan menerangkan peranan media sosial dalam mewujudkan gerakan sosial anti-rasuah di dalam komuniti online di Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dilengkapkan dengan kaedah kuantitatif iaitu analisis wacana ideologi, temu bual mendalam dan analisis kandungan. Bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan aspek-aspek kognisi sosial, 15 ahli komuniti dan lima pakar yang berkaitan telah ditemu bual. Kajian mendapati bahawa ideologi memainkan peranan dalam mempengaruhi pola komunikasi dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Pola komunikasi telah berubah secara dinamik mengikut prestasi Komisi Pembanterasan Korupsi/Rasuah (KPK) dalam mengendalikan kes-kes rasuah.