Penghasilan Kaca Dari Abu Kayu Mangga

Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000 C dengan tempoh rendaman 40 min...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidin, Salina
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57584/1/Penghasilan%20Kaca%20Dari%20Abu%20Kayu%20Mangga_Salina%20Saidin.pdf
http://eprints.usm.my/57584/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000 C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu yang terhasil mengandungi fasa CaO dan analisis XRF mengesahkan bahawa kandungan CaO adalah 71% berat. Selain itu, taburan saiz partikel dan analisis DSC/TG juga dilakukan ke atas abu pokok mangga. Suatu sumber pasir tempatan yang telah dibersihkan secara berperingkat bagi menyingkirkan bendasing yang hadir digunakan dalam komposisi kaca sebagai sumber utama SiO2. Komposisi kelompok kaca telah dikira sebelum peleburan kaca dilakukan pada suhu 15000 C dengan tempoh rendaman selama 5 jam. Suatu kaca yang cerah dan bebas gelembung udara telah berjaya dihasilkan. Ujian ke atas kaca ini memberikan nilai ketumpatan 2.64 g/cm3 dan nilai kekerasan Vickers 617.3 HV. Seterusnya olahan haba ke atas kaca pokok mangga ini dilakukan pada suhu penukleusan 8900 C selama 1 jam rendaman dan suhu pertumbuhan hablur 9100 C selama 5 jam juga telah berjaya menghasilkan suatu bahan seramik kaca. Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) telah digunakan untuk meneliti morfologi dan saiz hablur yang terhasil.