Kajian Penghasilan Teras Seramik Berliang Dan System Perekat Dalam Struktur Sandwic

Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah. Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan loga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahmat, Mohd Hafiz
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57569/1/Kajian%20Penghasilan%20Teras%20Seramik%20Berliang%20Dan%20System%20Perekat%20Dalam%20Struktur%20Sandwic_Mohd%20Hafiz%20Rahmat.pdf
http://eprints.usm.my/57569/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seramik berliang mempunyai potensi untuk dimajukan berikutan kegunaannya yang meluas dalam bidang perubatan, penapis air, udara serta seramik refaktori. Namun begitu, penggunaan seramik berliang sering dihadkan oleh kekuatan yang rendah. Penggabungan seramik berliang dengan bahan kepingan logam menggunakan agen perekat membentuk struktur sandwic berupaya meningkatkan kekuatan tanpa melibatkan penambah berat yang tinggi. Kajian terbahagi kepada tiga fasa iaitu penghasilan seramik berliang, penentuan nisbah epoksi dan pengeras serta jumlah perekat yang sesuai. Fasa pertama, seramik berliang dihasilkan melalui kaedah span polimer. Slip seramik disediakan dengan mencampurkan serbuk porselin dengan air suling pada kandungan pepejal 40 % hingga 55 %. Span direndam, lebihan slip dibersihkan dan dikeringkan pada suhu 110 oC selama satu hari sebelum disinter pada suhu 1250 oC. Seramik berliang yang dihasilkan dicirikan menggunakan kaedah Archimedes dan ujian kekuatan mampatan. Fasa kedua, epoksi dan pengeras diaduk pada nisbah 45 % hingga 55 % berat, pemerhatian fizikal dan ujian titisan dijalankan untuk menilai kelikatan campuran yang dihasilkan. Fasa ketiga, epoksi dan pengeras diaduk dan disapukan kepada teras seramik pada jumlah 4 g hingga 12 g. Ujian koyakan, tegasan ricih dan lenturan tiga titik dijalankan bagi menilai kekuatan perekatan yang dihasilkan. Keputusan fasa pertama menunjukkan 45 % kandungan pepejal sesuai digunakan bagi menghasilkan seramik berliang. Seramik berliang mempunyai keliangan ketara dalam julat 58 % hingga 81 % manakala ketumpatan pukal pula dalam julat 0.5 g/cm3 hingga 0.82 g/cm3. Kekuatan mampatan direkodkan dalam julat 1.01 hingga 2.01 MPa. Ketumpatan pukal dan kekuatan mampatan seramik berliang yang dihasilkan adalah berkadar terus dengan peningkatan kandungan pepejal. Keputusan ujian titisan bagi fasa kedua menunjukkan kadar titisan meningkat dengan peningkatan jumlah epoksi. Keputusan menunjukkan nisbah epoksi 50 % memberikan kadar titisan yang baik. Fasa ketiga, keputusan ujian koyakan menunjukkan 8 g perekat memberikan kekuatan tegasan yang terbaik. Nilai tegasan diperolehi dalam julat 0.01 hingga 0.04 MPa manakala kekuatan terikan direkodkan dalam julat 2.4 hingga 8.4. Keputusan ujian lenturan tiga titik menunjukkan tegasan alah direkodkan dalam julat 0.025 hingga 0.038 MPa. Secara keseluruhannya, teras seramik berliang dengan ciri-ciri yang baik boleh dihasilkan pada 45 % kandungan pepejal. Nisbah epoksi 50 % merupakan campuran perekatan yang terbaik dan penggunaan 8 g perekat adalah sesuai untuk merekatkan struktur sandwic dengan kekuatan yang baik.