Kajian Kes Ke Atas Masalah Kecacatan Dan Keretakan Konkrit Di Empangan Hidroelektrik Stesen Janaelektrik Chenderoh

Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kasim, Mohd Yusof
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57331/1/Kajian%20Kes%20Ke%20Atas%20Masalah%20Kecacatan%20Dan%20Keretakan%20Konkrit%20Di%20Empangan%20Hidroelektrik%20Stesen%20Janaelektrik%20Chenderoh_Mohd%20Yusof%20Kasim.pdf
http://eprints.usm.my/57331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pembinaan di Malaysia adalah merupakan suatu bidang yang sedang berkembang maju dan cepat selaras dengan kemajuan negara. Kita sedang menuju ke arah negara maju menjelang abad ke 21 ini. Tidak dapat kita nafikan penggunaan konkrit di dalam pembinaan adalah sangat meluas sekali. Namun di sebalik keghairahan kita atau pihak-pihak yang berkenaan ingin menjayakan sesuatu projek pembinaan misalnya, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berlakunya kecacatan dan kegagalan ke atas struktur konkrit yang dibina. Apabila terdapatnya kecacatan ataupun kegagalan ke atas struktur konkrit terpaksalah pihak berkenaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menanganinya. TNB sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dengan rangkaian stesen janakuasa dan empangan yang diperbuat dari konkrit, tidak dapat dielakkan dari mengalami kerosakan dan kecacatan pada struktur konkrit. Melalui kajian kes ini, akan dapat diketahui punca keretakan dari pelbagai faktor seperti kaedah pembinaan, serangan kimia seperti pengkarbonatan, faktor geologi dan geografi, faktor bahan yang digunakan dan sebagainya. Saiz keretakan pada struktur konkrit itu perlu dipantau pada setiap bulan untuk suatu jangkamasa. Daripada data yang dicerap, hasil kajian mendapati kejadian keretakan pada struktur konkrit pada umumnya adalah disebabkan oleh pengecutan kering dan pergerakan awal haba serta memerlukan dijalankan kerja-kerja membaikpulih supaya struktur tersebut terjamin lebih kukuh dan jangka hayatnya dapat dipanjangkan serta selamat digunakan.